an·duh v, meng·an·duh v mengikat supaya yg diikat itu bergantung (tidak roboh dsb);
~ pokok kayu mengikat pokok kayu, lalu ditarik supaya jangan roboh; ~ tangan mengambin tangan yg luka, patah, dsb (diikat dng kain dan digantungkan di bahu);
meng·an·duh·kan v mengikat agar yg diikat bergantung;
ter·an·duh v terikat menggantung pd;
an·duh·an n 1 tali dsb untuk menganduh; 2 tali tempat sekoci bergantung di kapal;
peng·an·duh n kayu (kulit kayu) yg diletakkan pd tangan atau kaki yg terkilir atau patah